Friday, 27 January 2012
The Way Home
Pernah tak tengok cerita korea nih? Cerita ni pon tak kurang sedihnya jugak. Tapi ranking pertama tahap gaban kesedihan saya bila menonton movie ni tetap pada Hachiko yang saya cita dulu tu.Cerita nih pernah dapat award tau tahun 2002. Hebat tak hebat la penangan cerita realiti yang berlaku dalam kehidupan kita.
Kalau lah kat Malaysia banyak diketengahkan cerita yang berunsur REALITI mesti dapat sambutan hangat. Ini tak, buat cerita hantu sampai dah tak masuk akal kadang-kadang. Cerita lelaki dan perempuan yang negatif tu memanglah kata pengarahnya untuk pedoman tapi yang berlaku sebaliknya pulak dah.Emm tak tahu mana silapnya..banyak betul cerita-cerita kita nih yang kononnya untuk memberi pengajaran, pesanan, gambaran kehidupan namun memang langsung tak berkesan.Lain lah kalau cerita daripada Mamat Khalid...i loike..
Ok lah kita kembali pada pokok yang saya nak cerita nih. Kepada yang dah tengok cerita ni mesti dah tau jalan ceritanya. Untuk yang belum tengok dan bakal tengok meh saya cerita kit sinopsis dia. Kisah ni berkisar tentang kehidupan harian di pedalaman sebuah kampung di Korea.Seorang kanak-kanak berusia 7tahun yang bernama Sang Woo dibesarkan di kota sejak dari kecil dan tidak pernah mengenali kehidupan di kampung halamannya sendiri. Kesempitan hidupnya dibandar memaksa ibunya memberikan hak penjagaan sementara Sang Woo kepada neneknya untuk membolehkan ibunya di bandar mencari pekerjaan. Bermulalah kehidupan rusa masuk kampung.
Permulaan kehidupan yang begitu berkonflik Sang Woo dan neneknya di kampung pedalaman itu. Sang Woo bukan sahaja sombong dan angkuh malah mementingkan diri sendiri, namun kerenah melampau yang ditunjukkan Sang Woo itu tetap dilayan baik oleh seorang wanita tua ini. Memang kurang asam kan budak nih. Kalau la anak sedara aku ni, sure dah kena luku pala daa.
Sekian lama tinggal bersama neneknya, peranagai Sang Woo yang dulu telah banyak berubah menjadi seorang kanak-kanak yang penyabar dan menyayangi neneknya.Untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di pedalam bersama Sang Woo dan nenek tua moh tengok cerita nih. Memang tak nyesal punya..
Bukan niat untuk meminggirkan hasilan Made in Malaysia, tapi saya lebih suka mengetengah kan apa yang saya rasa baik.Tidak bermakna juga hasilan kita tu tak baik tapi belum cukup kuat untuk saya bicarakan.Apapun saya memang suka hasil karya Mamat Khalid yang sempoi, lawak dan banyak mengetengahkan SIAPA KITA MALAYSIAN..
ni antara scene yang ada dalam cerita best ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment