Air dari Telaga zamzam adalah air yang terbaik. Ianya telah wujud beribu-ribu tahun dahulu berdekatan dengan Kaabah.Telaga zamzam ini telah lama diketahui sejak dari zaman Nabi Ismail a.s bersama ibunya dalam peristiwa bapanya Ibrahim yang telah meninggalkan mereka berdua di satu kawasan yang kering kontang. Dalam kejadian itu ibunya Siti Hajar telah berlari-lari anak dari Safa ke Marwah dalam usaha mencari air di padang pasir yang tandus dan kering itu. Semasa ibunya sedang berlari-lari anak itu telah ditinggalkan anaknya Ismail terbaring diatas pasir. Dengan kuasa tuhan tiba-tiba satu lubang mata air telah terpancul di tumit Ismail tak kala baginda menghentak dan menggesel kakinya ke tanah. Inilah mukjizat kan kekuasaan Yang Maha Esa. Bermula dari saat itu sehingga sekarang kita mampu menikmati hidanagn air yang penuh barakah pemberianNYA.
Nabi s.a.w pernah bersabda “Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan sebagai ubat kepada penyakit.”
Doa ketika hendak meminum air Zam Zam;
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah! aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat,
Dan rezki yang luas,
Dan ubat dari segala penyakit. (H.R. al-Hakim)
No comments:
Post a Comment