Ajaibkan bila kucing peliharaan anda yang pertama anda ambil dah mula pandai mencuri hati dan menjadi sebahagian besar keluarga anda. Semangat nak jadikan yang terbaik dari segala segi untuk dia sudah semestinya menjadi keutamaan anda dari segi pemilihan makanan, permaianan,dan toilet bin dia.Betul tak?
Pertama sekali kalau anda dah bawa balik seekor kucing kat rumah tu mesti nak letakkan nama kan?.Kebiasaannya nama yang kita boh tu nama yang cute dan simple. Sebab untuk saat pertama dia jumpa anda dia dah belajar mengenali anda dan semestinya dia akan lebih memberi respon jika kita panggilnya dengn nama yang kita pilih tu. Tak perlu boh nama yang panjang macam Puteri Intan Payung Kuning Diraja...no need no need k...Kalau yang tak ada nama lagi untuk boh kat kucing tu, saya cadangkan boh nama yang indah macam Momo ke kan? tak ke sedap je bunyi nye..hurmm tapi malangnye kucing saya nih tak reti bila kita panggil nama ke buat bunyi ke..dia leh buat dek je...tak tau la pasaipa..mungkin dia ni jenis BKU kot...Binatang Kelainan Upaya..
Selain tu, anda juga boleh boh colar kat leher dia..comey sikit hihi..bukan setakat comey je tapi untuk memastikan masyarakat dikawasan kejiranan anda tahu yang kucing tersebut bertuan!.Pilih la rantai leher dia dari warna-warna kesukaan anda..tapi jangan pulak boh hat mas ka belian ka ok.
Kalau nak bawa pi jalan-jalan atau balik kampung, janagn lupa beli pet carrier yeh..senag kit bila nak bawa dia jalan jauh.Ynag saya beli untuk standard punya tu dalam rm60+ . Hat tu boleh lepas untuk airport sekali.Pilih la mengikut kegemaran+bajet+saiz kucing anda ye..
Jaga kucing janagn pulak lupa bagi makan dan minum dia pulak.So beli lah mangkuk makanan dia satu.Mangkuk makanan dorang ni pon ada pelbagai jenis jugak, nak yang mahal ke yang murah sema ada.Berkaler maler pon ada.Syok kalau bab memilih perkakasan untuk kucing nih.Tu belom lagi bab memilih baju dia..mak aihh comey2 blaka geram tengok.Mangkuk makanan dan minuman dorang ni mesti selalu dibersihkan. Air minuman kalau boh dalam bekas yang terbuka, tukarkan setiap hari.Kalau anda tengok cuaca panas terik anda juga boleh boh air sejuk (ais) dalam mangkuk dia.Dorang cepat dahaga macam kita jugak la bila hari panas.
Mainan pun termasuk jugak ye dalam list kita ni tau..Kalau anda nak beli mainan untuk dorang beli lah mainan cam Barbie ka Princess ka baru syok dorang main!hihihi...Anda boleh lawati kedai hewan kesayangan anda untuk memilih permainan yang menarik. Kucing saya tak perlu dah mainan-mainan bagainye..dia dah cukup la dengan 2 ni little teddy dan froggy.Habis di belasahnya 2ekor tuh..Sebenarnya kucing saya ni anti gile dengan toys yang berbulu cam teddy bear. Tak tahu lah kenapa.Kalau dia jumpa teddy/froggy, sure digigit sampai terkoyak, pastu diseretnya ke pintu depan.Pernah saya cuba ambik toys tuh bagi balik kat dia, benda yang sama jugak dia akan ulang.Gigit dan seret ke pintu depan!!
Amacam list yang saya bagi nih ok tak?Klau anda nak yang lebih, tak kisah asal masih dalam bajet poket anda bulan ni hihi.Sila lah berkunjung ke kedai-kedai hewan anda untuk dapatkan list ni ye...
No comments:
Post a Comment