Wednesday, 25 January 2012

Keranda Tergantung

Pernah kah anda terbaca atau mebgetahui mengenai kewujudan keranda tergantung??Kalau anda salah seorang peminat channel di astro TLC sure tau mengenai ini..

Keranda tergantung ni wujud di Gongxian, China. Tempat persemadian puak Bo yang hidup di Barat daya Yunan lebih 3000 tahun dahulu. Menurut kajian terdapat lebih 280 keranda yang digantung di luar dinding-dinding gunung. Keanehan dan keunikan sistem pengebumian puak yang telah pupus ini mendapat liputan meluas. Namun yang menjadi persoalannya ialah bagaimanakah mereka menggantungkan keranda ini? sedangkan kedudukan keranda yang akan digantung adalah di tebing atau dinding luar gunung yang ketinggiannya boleh mencecah ratusan meter dari tanah.

Kalau mengikut tekaan saya, mungkin juga mereka membuat lubang terlebih dahulu di dinding-dinding gunung dari arah dalam, kemudian mereka meletakkan keranda dan akhir sekali barulah letakkan mayat..errr tapi tu hanyalah hipotesis saya saja. Sampai sekarang misteri kaedah penyelenggaraan keranda tergantung itu masing tidak terjawab.

Mengikut pandangan penduduk tempatan, mereka menggantungkan keranda tersebut adalah untuk menunjukkan rasa hormat kaum keluarga dan masyarakat terhadap si mati. Seperti pelik kan? Tapi ada logiknya juga kerana manusia ni sememangnya ada sifat pengagungan yang melampau.




                                          nila dia hanging coffin of Bo people tu..

No comments:

Post a Comment