Sejak dari kul 3am td lagi Momo asyik dok ngiau- ngiau, bingit telinga dah lah sememangnya aku tak leh tido malam tadi senak perut akibat gastrik si Momo lak buat bising memang bertambah bengang la hati nih..Selepas subuh td Momo masih berkelakuan yang sama mungkin minta dibukakan pintu untuk dia keluar. Dibiarkan saja Momo ber pe'el sebegitu malas melayan karenahnya yang mengada-ngada!
Dek kerana Momo yang kelihatan bertekad mahu keluar juga akhirnya aku bukakan juga pintu dan sempat juga ku berpesan kepadanya supaya jangan main jauh-jauh hihihi macam anak aku lak layan si Momo nih..
Seperti biasa Momo kalau dapat peluang keluar yang jarang dia peroleh tu dia memang akan gunakan sebaiknya untuk menziarahi semua kawasan kejirananku ni..Dengan lenggang lengguk dia berjalan.dia ingat dia cantik kot intaiku dari kaca sliding door rumahku..
Sejam berlalu sambil aku sedang menonton tv kedengaran dari jauh bunyi loceng leher Momo seperti sedang berlari. Ku biarkan saja.Momo masuk kerumah dengan tergesa-gesa. Momo balik bawa bersama hurmmmm tik..kalau ikut pronoun suamiku t.i.k=tik bermaksud tahi yang melekat dibadannya.Ada kesan darah didahi,kaki,badan pon ada..sah la ni dia bergusti lengan la kot..padan la muka dia!!
Nampaknya lawatan menziarahi kawasan kejiranan Momo tidak disenangi oleh GKK di kawasan ni..GKK tu maknanya Geng Kucing Kurap..Sian Momo..Dah la berbau busyukk cedera pulak tuh..Nasib ko lah Momo sebab amaran dah dibagi tapi degil kan..so sila belajar dari kesilapan ye Momo.
Suamikulah yang terpaksa memandikan Momo tadi tu..aku cuma memerhati dan menolong tuang syampo dan siram air je..geli le ngn t.i.k tu..sambil tu sumaiku sempat le membebel 'bela nak,cuci tik tak nak!'....hihihi sengeh jele..kang jawab balik sapa la pulak nak habiskan mandikan Momo ni..
Sesudah mandi Momo dikeringkan dan disapu minyak but-but hat HPA punya tu kat tempat luka tu..rupanya teruk la juga Momo dibelasah tadi.Sian pulak kat dia.Tu la antara penyebab Momo tak dibenarkan keluar dari kawasan rumah.
Apapun Momo masih ok tapi macam sedikit trauma kot pasal tadi ada bunyi kucing mengiau kat luar rumah terus dia masuk bawah meja komputer. Haaaa tau takut...lain kali keluar la lagi ngan cat walk awak tu ye..
No comments:
Post a Comment