Pernah tak korang tengok cita paling sedih kat tv ke cd ke dvd cetak rompak ke yang buat anda tengok sambil tersedu-sedan?.Kalau pernah tak pa..maksudnya anda tentu tahu kan camna perasaan saat tu dan saat kini walaupun dah lama tengok cita tu masih leh ingat setiap jalan cita dia, betul tak.
Saya ni jenis yang mudah tersentuh jugak la terutamanya yang berkaitan dengan isu kemasyarakatan nih..duhaiii nilah kelemahan saya..sob..sob..sob...Saya nak share dengan korang tentang cita yang saya tengok nih..tajuk dia Hachiko.Meh saya bagitau sikit sinopsis cita yang menyayat hati ni. Cerita Hachiko ni berdasarkan cerita sebenar yang berlaku di Jepun. Kisah kesetiaan seekor anjing terhadap tuannya. Anjing yang setia ni namanya Hachiko yang dipelihara oleh seorang pensyarah di sebuah institut pengajian.
Rutin harian Hachiko adalah menemani dan menghantar dan menjemput tuannya di Stesen keretapi Shibuya setiap pagi dan petang.Hachiko tidak pernah memungkir janjinya untuk tidak menunggu tuannya pulang dari kerja. Bahkan penduduk di sekitar stesen keretapi tersebut pun telah mengenali Hachiko dan perangainya yang setia itu.
Suatu hari seperti biasa Hachiko dah bersiap sedia menunggu di stesen keretapi namun tiada jua kelibat tuannya muncul tiba.Dia tetap setia menunggu meskipun malam telah menjelma.Tanpa pengetahuannya, tuan kesayanagnnya tidak akan kembali menemuinya lagi.Tuannya mati di tempat dia bekerja. Hari berganti minggu berganti bulan dan kesetiaan Hachiko menanti kepulangan tuannya tidak pernah pudar selama 9tahun lamanya dia berulang alik menunggu tuannya pulang. Bayangkan 9 tahun.Kalau saya tunggu 9minit pun dah hangin rasa satu badan!
Akhirnya usia Hachiko juga makin lanjut dan dia juga mengikut langkah tuannya tu. Sedihkan. Tapi hari ni mereka kat Jepun tu buat satu ukiran batu rupa Hachiko di stesen keretapi tersebut sempena mengingati kesetiaan Hachiko.
Berdasarkan cita nih, banyak nilai yang dapat kita kongsi..kasih sayang sesama makhluk pun mampu berkekalan meskipun tiada persamaan dari segi banyak perkara.
dah la comey je kan muka Hachiko nih...
No comments:
Post a Comment