Saturday, 28 January 2012

Nak Mengawan le tu..


Hari ni dah masuk 2 hari si Momo berperangai pelik macam hape tah..dalam agakan sayalah dia nih dah tiba masa mengawan kot. Jika sebelum ni, ada juga lah peranagai pelik dia tu jadi bila datang rasa gersang tu. Inisiatif saya, bawa jumpa doktor . Doktor akan bagi satu jenis ubat (tablet), mungkin untuk stabilkan balik hormon gedik dia tu kot. Ubat tu memang berkesan. Harga nya rm2 per biji dan cara pemakanannya 1 biji untuk tempoh 2 minggu.

Yang jadi masalah sekarang pada kami ialah, semua kedai dan klinik hewan tutup sempena CNY baru-baru nih. Penyakit gatal nak cari lelaki ( ikut kata dr. vet ) semakin menjadi-jadi. Tahap kegedikan Momo ni dah tahap gaban dah. So hari ni, dia telah dikurung dalam bilik air. Sian dia..Tu semua tak mengurangkan juga masalah saya nih sebab dia buat bising pulak dalam bilik air mintak dilepaskan..aduiiii Momoooo!!

Selain dari kaedah perubatan moden ni, ada tak cara lain untuk mengurangkan kegersanagn pada binatang yang dalam tempoh nak mengawan nih??Bukan niat nak menyangkal kehendak fitrah Momo tu tapi kalau diberi peluang keluar sure dia di belasah teruk,lagi kesian!.Kesan luka semalam pun masih belum kering lagi. Bejalan pun terhencut-hencut.


                                 haa..nilah dia si putih gedik saya...cepat lah baik ye bucuk!

No comments:

Post a Comment