Saturday, 18 February 2012

Kembara Si Gemok

Bermula 20-2-2012 sah la aku dah menjadi pelajar kembali. Walaupun usia dah makin kesenjaan tapi masih diberi peluang dan ruang untuk berjihad dijalanNYA..Syukur Alhamdulillah!

Bercerita mengenai kembara ku 7 jam dalam train semalam mencatatkan expresi baru dalam kehidupanku.Inilah julung kalinya menaiki keretapi tanah Melayu untuk perjalanan yang sejauh ini. Sebenarnya,..emm masih takut naik  train!..hihihi tapi nak niak lagi..boleh gitu???Pengalamn baru nih..

Mana taknya semalam, kawan tolong belikan tiket  berharga rm17.00 sahaja.Dengan bayaran tersebut, terpaksalah aku duduk di koc kelas ekonomi.Seat 5D koc l4x..Aku tiada pertikaian dalam hal pemilihan koc samada kelas pertama, kedua atau ekonomi, tapi yang membuat aku sedikit tak puas hati adalah seat yang diberi tu tidak dapat berfungsi dengan baik. Banyak kerosakan yang tidak dibaiki dan dibiarkan saja. Baynagkan lah untuk perjalanan 7 jam pada waktu malam aku terpaksa tidur tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku tuh!.Pedal adjustment nya patah tidak berganti..Sungguh perit rasa

Kebimbangan ku bertambah abila tengok seorang penumpang yang terlepas stesen yang ingin dituju akibat tiada pegawai KTM memberitahu maklumat setiap stesen yang disinggahi.Aku jadi makin panik takut-takut aku juga mengalami nasib serupa. Terpaksa dan memaksa bersengkang mata melilau melihat dalam kegelapan.

Alhamdulillah..selepas kejadian penumpang yang terlepas stesen mereka, pihak KTM yang duty malam tu menjalankan tanggungjawab mereka. Legalah hati nih

Ok, kembali semula kepada perkara pokok penceritaan nih.Aku tidak bersetuju sama sekali jika diberi alasan 'ala kelas ekonomi so terima jela'.....no!!!!tak kira apa jenis kelas koc yang ada sekali pun kita pelanggan layak untuk mendapatkan keselesaan tu.Aku tak la menyalahkan KTM 101%, tapi marah juga dengan tindakan pengguna KTM itu sendiri yang tidak tahu menghargai kemudahan. Dengan isu sampah pembalut makanan yang diselit di celah- celah kerusi, cukup membengangkan!

7jam kejam pertarunganku dengan penyakit mengantuk berakhir jua. Bersyukur masih bernafas walaupun tak dapat tidur dengan lena dalam keretapi.Sambutan suami tercinta tak kala keluar dari stesen menghilangkan rasa bengang tuh..Sebenarnya ini lah pengalaman kan?..Seronok untuk berkongsi pengalaman.

Untuk yang berminat naik cuba naik keretapi, boleh cuba ye dan kalau nak book tiket sila ke sini..https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx

                                                         rupa keretapi kita..



                                                Stesen KTM Tg. Malim

No comments:

Post a Comment